TAIPEI: Seorang juruterbang maut dan beberapa lagi hilang selepas dua jet pejuang bertembung di udara dalam satu kejadian di bahagian selatan negara ini.
Dua jet pejuang model F-5E itu dilaporkan hilang dari radar sekitar pukul 3 petang waktu tempatan, kira-kira 2.6 kilometer di kawasan pantai di daerah Pintung.
Terdapat empat jet pejuang dilaporkan berlepas kira-kira 30 minit lebih awal untuk melakukan rutin latihan sebelum insiden tersebut berlaku.
Seorang daripada juruterbang ditemukan tidak sedarkan diri di luatan dan usaha menyelamatkannya gagal dan disahkan meninggal dunia di hospital.
Pasukan penyelamat masih melakukann operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.
Polis Taiwan juga memaklumkan mereka menemukan tempat duduk yang terikat dengan payung terjun di lebuh raya. – AFP