Protes di Myanmar: Seorang lagi penunjuk perasaan mati - Utusan Malaysia

Protes di Myanmar: Seorang lagi penunjuk perasaan mati

POLIS melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi membantah rampasan kuasa di Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seorang lagi penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa, ditembak mati di Myanmar ketika wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan mendengar `rayuan terdesak’ rakyat serta mengambil tindakan segera untuk mengembalikan semula demokrasi di negara ini.

Para pengawai perubatan berkata, seorang lelaki berusia 26 tahun yang membantu memasang penghadang bagi memperlahankan pasukan keselamatan, dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak di bahagian leher.

Insiden itu susulan tragedi berdarah pada Rabu lalu apabila PBB mendedahkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh ketika beberapa gambar menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Polis juga melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di bandar selatan Dawei manakala orang ramai yang berhimpun di Yangon pula menentang walaupun terdapat bahaya.

“Ya takut, saya berasa sangat takut untuk berada di barisan hadapan tetapi kami percaya dengan kumpulan kami dan berjanji untuk melindungi sesama sekiranya ada yang tercedera,” kata seorang penunjuk perasaan dikenali sebagai Didi, 27, kepada AFP.

Tindakan keras yang dilakukan oleh pasukan keselamatan negara ini menyaksikan lebih 50 orang terbunuh.

Namun, ia tidak menghalang penunjuk perasaan kembali ke jalanan semula untuk meneruskan protes di seluruh negara bagi mengecam rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Di Mandalay, beratus-ratus jurutera berarak di jalanan sambil melaungkan slogan `bebaskan pemimpin kami’ merujuk kepada pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi yang ditahan oleh tentera sejak insiden rampasan kuasa itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya