MANILA: Lima terkorban termasuk seorang datuk bandar dan dua pembantunya dalam satu insiden keganasan melibatkan pasukan polis di negara ini. Menurut jurucakap polis Filipina, Ronaldo de Jesus, kejadian berlaku ketika anggota polis yang melakukan rondaan ditembak oleh pembantu keselamatan Datuk Bandar Catbalongan, Ronaldo Aquino. Jelasnya, Aquino ketika itu menaiki sebuah van di timur wilayah Samar. “Polis membalas tembakan tersebut dan mengenai Aquino serta dua pembantunya dan pada masa yang sama, dua anggota polis rondaan yang memandu di belakang kenderaan Aquino turut terkorban. “Motif tembakan yang dilepaskan ke arah polis masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya