JAKARTA: Polis menahan lima buruh binaan yang didakwa mencuri bahan pembinaan rumah di sebuah kediaman di Kedoya, Jakarta Barat. Lapor CNN Indonesia, kejadian itu terbongkar selepas pemilik rumah tersebut menyedari rumahnya diubah suai tanpa kebenarannya. Ketua Polis Jakarta Barat, Ady Wibowo berkata, pemilik rumah tersebut menyewakan rumahnya kepada seorang individu dan pada hari kejadian, dia datang ke premis tersebut untuk bertemu dengan penyewa berkenaan. Jelas Ady, pemilik tersebut terkejut melihat rumahnya dalam keadaan bersepah dengan semua jubin lantai tercabut dan tingkap rumahnya dibuka. “Pemilik kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada persatuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya