Covid-19: Polis tumpas sindiket vaksin palsu di China, Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Covid-19: Polis tumpas sindiket vaksin palsu di China, Afrika Selatan

RIBUAN dos vaksin Covid-19 palsu ditemukan di sebuah gudang di Germiston, Afrika Selatan. - INTERPOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON: Polis di China dan Afrika Selatan berjaya merampas beribu-ribu dos vaksin Covid-19 yang palsu.

Lapor BBC, agensi polis antarabangsa (Interpol) memberitahu polis turut menahan puluhan individu dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan.

Di China, polis menahan lebih 80 individu dan merampas sekurang-kurangnya 3,000 dos di sebuah kilang yang didakwa menghasilkan vaksin palsu.

Tiga warga China dan seorang rakyat Zambia ditahan di sebuah gudang di Gauteng, Afrika Selatan yang mana ampul mengandungi 2,400 dos ditemukan.

Namun, tidak dapat dipastikan bila penahanan itu dibuat.

Penemuan di Afrika Selatan dilaporkan oleh media tempatan, Sunday Times pada akhir bulan Disember.

Interpol menerusi satu kenyataan memberitahu bahawa pihaknya sedang mendapatkan laporan mengenai sindiket vaksin palsu yang lain.

Menurut agensi antarabangsa itu, polis menemui kira-kira 400 vial bersamaan sekitar 2,400 dos vaksin palsu dan sejumlah besar pelitup muka jenis 3M yang palsu di Germiston, Gauteng.

Dalam pada itu, Interpol menegaskan bahawa vaksin Covid-19 yang diluluskan tidak dijual secara dalam talian.

“Sebarang vaksin yang diiklankan di laman sesawang atau platform web gelap (dark web) adalah tidak sah malah tidak diuji dan mungkin berbahaya,” jelas Interpol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya