Covid-19: Kanada lulus vaksin Johnson & Johnson - Utusan Malaysia

Covid-19: Kanada lulus vaksin Johnson & Johnson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Pengawal selia perubatan Kanada meluluskan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Johnson & Johnson (J&J) untuk digunakan di negara tersebut.

Menurut kerajaan Kanada, ia merupakan vaksin keempat yang diberi lampu hijau, di tengah-tengah rasa tidak puas hati yang meningkat akibat kelambatan program vaksinasi Covid-19 negara tersebut.

Dilaporkan, para pakar kesihatan juga menantikan kelulusan vaksin bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi penduduk negara itu.

Sebelum ini, Kanada telah meluluskan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer, Moderna dan AstraZeneca.

Ketua Penasihat Perubatan Health Kanada, Dr. Supriya Sharma berkata, pihaknya merupakan pengawal selia perubatan yang pertama meluluskan empat vaksin yang berbeza.

Dilaporkan, Kanada sudah melakukan pra-pembelian sebanyak 10 juta dos vaksin J&J dengan cadangan untuk membeli 28 juta dos lagi.  

Tidak dapat dipastikan bila Kanada akan menerima bekalan pertama vaksin itu.

“Ini adalah vaksin keempat yang dianggap selamat oleh pakar kesihatan Kanada.

“Malah, dengan berjuta-juta dos sudah diperoleh, Kanada kini berada satu langkah ke hadapan dalam memerangi virus membawa maut ini,” kata Perdana Menteri, Justin Trudeau menerusi satu ciapan di laman Twitter. 

Seperti kebanyakan negara, Kanada tidak mempunyai pengeluaran domestik malah berdepan dengan kekurangan bekalan vaksin Covid-19.

Setakat ini, Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan vaksin buatan tempatan untuk diekport, oleh itu, Kanada seperti negara jiran AS lain, Mexico terpaksa mendapatkan vaksin dari Eropah dan Asia. 

Bulan lalu, AS meluluskan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) untuk kegunaan kecemasan.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS memaklumkan bahawa vaksin itu menawarkan pelindungan yang kuat bagi mencegah Covid-19 yang teruk.- AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya