BERLIN: Jerman menghentikan sementara pemberian vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca-Oxford bagi individu yang berusia dibawah 60 tahun. Langkah itu berikutan laporan kes darah beku berlaku terhadap penduduk yang menerima suntikan vaksin Covid-19. Badan pengawal selia ubat-ubatan Jerman melaporkan sebanyak 31 kes darah beku dalam kalangan kira-kira 2.7 juta penduduk yang sudah menerima suntikan vaksin di negara tersebut. Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn bersama 16 menteri kesihatan negeri memutuskan untuk menghentikan penggunaan vaksin tersebut bagi golongan tersebut dalam satu mesyuarat tergempar diadakan hari ini. Sebelum ini, Kanada menghentikan sementara pemberian vaksin AstraZeneca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya