Covid-19: Jakarta keluar zon merah - Utusan Malaysia

Covid-19: Jakarta keluar zon merah

ORANG ramai berjalan di sebuah jejantas yang menghubungkan dua pusat beli-belah di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bandar raya ini sudah keluar daripada zon merah pandemik Covid-19 sekali gus menggambarkan kerjasama yang terjalin antara pemerintah pusat dengan pemerintah di setiap daerah. 

Lapor Liputan6, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat kerana mematuhi penerapan protokol kesihatan yang dilaksanakan.

“Alhamdulillah, pasukan petugas pusat memaklumkan Jakarta sudah keluar daripada zon merah. Jadi kita bersyukur kerana semua ini berkat kerjasama yang baik antara pusat dan daerah,” katanya. 

Dalam perkembangan sama, Ahmad Riza yang juga ahli politik Gerindra meminta masyarakat tidak panik dengan penularan varian baharu B.1.17 ke negara ini. 

Meskipun penularan varian baharu itu jauh lebih tinggi daripada wabak Covid-19 sedia ada, namun jelasnya, angka kematian lebih rendah berbanding varian sebelum itu. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar semua pihak termasuk pentadbir daerah jangan sesekali mengabaikan protokol kesihatan. 

“Masyarakat perlu tenang, tetapi harus berwaspada. Justeru, kita harus tangani dengan bijak serta melaksanakan protokol kesihatan dengan ketat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya