SAO PAULO: Brazil mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat Covid-19 ketika kemelut politik negara itu memburukkan lagi krisis kesihatan dan pelaksanaan program vaksinasi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,641 orang meninggal dunia akibat virus itu semalam.
Jumlah itu melepasi rekod angka kematian harian tertinggi akibat Covid-19 iaitu sebanyak 1,595 kes yang dicatatkan pada akhir Julai tahun lalu.
Lebih 257,000 penduduk meninggal dunia akibat Covid-19 di Brazil sehingga menjadikannya negara kedua paling terjejas selepas Amerika Syarikat (AS).
Pandemik Covid-19 memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam Brazil sehingga ia hampir musnah dan gabenor
Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 10.6 juta penduduk daripada 212 juta populasi penduduk dijangkiti Covid-19 sejak pandemik itu bermula pada tahun lalu.
Jelas kementerian itu, sebanyak 59,925 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam.
Media melaporkan, datuk bandar dan gabenor di Brazil berasa amat bimbang dengan lonjakan kes Covid-19 dan keadaan semasa negara itu yang berada di luar kawalan. – AGENSI