China luluskan pelan 'patriot' kawal pilihan raya Hong Kong - Utusan Malaysia

China luluskan pelan ‘patriot’ kawal pilihan raya Hong Kong

SESI pembukaan Kongres Rakyat Kebangsaan di Great Hall of the People di Beijing pada 5 Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Badan perundangan China meluluskan resolusi kontroversi yang membuka jalan kepada sistem pilihan raya Hong Kong untuk dirombak dalam langkah terbarunya yang akan memperketat kawalan terhadap bandar itu.

Lapor BBC, resolusi ‘pemerintahan patriot Hong Kong’ diluluskan di Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) hari ini.

Menerusi resolusi itu, ia akan mengurangkan bilangan wakil pemimpin demokratik dan membenarkan kumpulan pro-Beijing memeriksa calon ‘patriot’.

‘Patriot’ merujuk kepada calon yang dipilih untuk mentadbir Hong Kong, mesti mencintai negara (China) serta menjunjung Perlembagaan dan parti pemerintah.

Keputusan itu sudah dijangka diluluskan di peringkat Parlimen.

Resolusi itu diluluskan dengan 2,895 melakukan pengundian, tiada undian yang menentang serta seorang tidak hadir.

Perundangan lengkap akan digubal dan dilaksanakan di Hong Kong dalam beberapa bulan akan datang.

Pengkritik menyifatkan pembaharuan itu akan menghapuskan penentangan secara berkesan ketika undang-undang itu dilaksanakan.

Ia juga merupakan siri gerakan yang menguatkan cengkaman Beijing terhadap Hong Kong termasuk kelulusan undang-undang keselamatan kebangsaan dan tindakan keras terhadap aktivis dan ahli politik pembangkang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya