BEIJING: China hari ini mengumumkan sekatan terhadap sembilan warga United Kingdom (UK) dan empat entiti selepas didakwa ‘menyebarkan maklumat palsu’ mengenai layanan Beijing terhadap penduduk etnik Uighur di Xinjiang.
Tindakan itu diambil selepas kuasa Barat termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) bertegas mendakwa China mencabul hak asasi manusia di wilayah tersebut.
Antara individu yang dikenakan sekatan China termasuk bekas pemimpin Parti Konsrvatif, Duncan Smith dan beberapa ahli politik lain.
“Sebelum ini, UK mengenakan sekatan terhadap beberapa rakyat kami serta entiti berhubung isu hak kemanusiaan di Xinjiang.
“Kini, kami pula mengambil langkah sama kerana UK menyebarkan maklumat salah dan penuh penipuan mengenai tindakan China di Xinjiang,” menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar China. – AFP