Cacing pita 18 meter keluar dari dubur - Utusan Malaysia

Cacing pita 18 meter keluar dari dubur

CACING pita sepanjang 18 meter dikeluarkan daripada dubur seorang pesakit warga emas di Thailand. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki warga emas yang mengadu sakit perut terkejut selepas mendapati gejalanya berpunca daripada cacing pita berukuran 18 meter.

Lapor Thaiger, pesakit berusia 67 tahun itu pada mulanya ke sebuah hospital di Isaan di wilayah Nong Khai untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit dan perut kembung.

Doktor kemudian mengambil sampel najis pesakit tersebut dan hasil ujian makmal menemui 28 telur cacing pada sampel berkenaan.

Pesakit itu diberi ubat dan cacing pita tersebut berjaya dikeluarkan melalui duburnya pada keesokan hari.

Parasit itu atau nama saintifiknya Taenia saginata juga dikenali sebagai cacing pita daging lembu.

Ketua Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit di Nakhon Ratchasima, Schawanya Rattanapitoon berkata, jangkitan itu biasanya disebarkan kepada manusia melalui memakan daging lembu mentah yang mengandungi telur cacing pita. 

“Kami meminta keluarga pesakit menjalani ujian saringan untuk mengetahui sama ada mempunyai parasit atau sebaliknya kerana mereka juga berisiko.

“Kami juga sudah menegaskan kepada mereka untuk tidak memakan daging mentah kerana ia salah satu penyebab utama parasit boleh berada di dalam badan,” katanya.

Jelas Schawanya, cacing pita sepanjang 18 meter itu adalah ukuran terpanjang pernah direkodkan di Thailand dalam tempoh 50 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya