Budak perempuan tujuh tahun maut ditembak tentera Myanmar - Utusan Malaysia

Budak perempuan tujuh tahun maut ditembak tentera Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun menjadi mangsa terbaharu kekejaman tentera Myanmar apabila maut ditembak pasukan keselamatan di Mandalay semalam.

Insiden itu menyaksikan kanak-kanak tersebut sebagai mangsa termuda yang maut akibat pergolakan politik di negara ini.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun berkata, seramai 164 penunjuk perasaan terbunuh dalam siri protes yang berlaku sejak Februari lalu.

Namun, kumpulan aktivis memaklumkan angka korban lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya 261 orang.

Petugas pusat pengebumian memaklumkan kanak-kanak perempuan tersebut terbunuh akibat kecederaan terkena peluru di pekan Chan Mya Thazi.

Menurut kakak mangsa, pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah bapa mereka, namun tersasar dan mengenai adiknya yang ketika itu duduk di atas riba lelaki itu di rumah mereka.

Selain itu, dua lagi turut maut di pekan berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya