LONDON: Golongan kanak-kanak di Britain dijangka mula menerima suntikan vaksin Covid-19 seawal Ogos ini di bawah pelan kerajaan bagi meningkatkan pembentukan imuniti berkelompok.
Lapor The Telegraph, jangka masa itu lebih awal dari yang dirancang dan kerajaan kini menunggu hasil kajian keberkesanan vaksin terhadap golongan kanak-kanak yang dilakukan oleh Universiti Oxford dan syarikat farmaseutikal, AstraZeneca.
Namun, Jabatan Kesihatan United Kingdom (UK) dan Universiti Oxford enggan memberi kenyataan lanjut berhubung isu berkenaan, selain tidak menyatakan bila kajian tersebut selesai.