Brazil lepasi 100,000 kes jangkitan baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Brazil lepasi 100,000 kes jangkitan baharu Covid-19

KUMPULAN petugas kesihatan profesional memegang kain rentang yang menunjukkan jumlah korban akibat Covid-19 dalam satu protes di Brasilia, Brazil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Brazil melepasi angka 100,000 bagi jumlah kes jangkitan Covid-19 baharu semalam, menyaksikan negara ini terus lumpuh akibat pandemik tersebut dengan merekodkan lebih 300,000 kematian.

Dengan angka baharu tersebut, sekurang-kurangnya 12.3 juta penduduk Brazil sudah dijangkiti Covid-19 dan menjadi negara kedua tertinggi yang merekodkan kes jangkitan selepas Amerika Syarikat (AS).

Jumlah jangkitan naik mendadak sejak bulan lalu selepas penduduk mula ingkar peraturan Covid-19, selain varian baharu yang lebih mudah berjangkit turut menyumbang kepada situasi buruk di negara ini.

Selain itu, program vaksinasi yang perlahan juga menyebabkan kadar jangkitan meningkat dalam tempoh cepat.

Jumlah purata jangkitan harian bagi tempoh tujuh hari lepas adalah 77,050 iaitu dua kali ganda berbanding Januari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya