Bina taman pujuk bekas kekasih - Utusan Malaysia

Bina taman pujuk bekas kekasih

XIAO XU membelanjakan kira-kira RM62,860 membina Pulau Cinta bagi menarik hati bekas teman wanita. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki dari China menghabiskan wang dan masanya untuk membina sebuah taman bagi menarik hati bekas teman wanita.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna di laman media sosial berasa simpati dengan nasib lelaki itu setelah gagal memenangi semula hati bekas kekasihnya.   

Lapor Oddity Central, Xiao Xu, 30 dari Kampung Hetou di wilayah Guangdong, China membelanjakan kira-kira AS$15,500 (RM62,860) untuk mengubah sebidang tanah terbiar yang terletak di tasik berhampiran kawasan perumahannya menjadi ‘Pulau Cinta’.

Pulau Cinta itu bagaikan fantasi dongeng kerana dilengkapi pokok bunga sakura, buaian, dan susunan batu sungai. 

Xu malah meminta beberapa penduduk setempat untuk membantunya mengubah tempat itu untuk menunjukkan rasa cintanya kepada bekas teman wanitanya.

Xu bertemu dengan bekas kekasihnya ketika bekerja di Guangzhou dan mereka sudah bercinta sejak 2018 sehingga tahun lalu, sehingga memutuskan untuk pulang ke Kampung Hetou bagi menjaga ibu bapa tuanya.   

Malangnya, bekas teman wanitanya yang dilahirkan dan dibesarkan di Guangzhou tidak mahu meninggalkan kehidupan bandar malah keluarganya juga tidak bersetuju anak mereka tinggal di pinggir bandar sehingga menyebabkan pasangan itu berpisah. 

 Dia memulakan kerja-kerja pembinaan taman itu pada 20 Disember tahun lalu dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk siap sepenuhnya.

Selepas siap dibina, Xu menghantar beberapa gambar taman tersebut kepada bekas teman wanita dengan mengaku membina untuknya namun gagal mendapat sebarang maklum balas daripadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya