Biden tarik balik larangan visa negara Islam - Utusan Malaysia

Biden tarik balik larangan visa negara Islam

ORANG ramai mengambil bahagian dalam demonstrasi bagi menzahirkan solidariti bersama penduduk Islam di Amerika di Times Square, New York, 2017. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memaklumkan individu yang dihalang masuk ke negara itu sebelum ini boleh membuat permohonan baharu.

Sebelum ini, bekas Presiden AS, Donald Trump mengenakan sekatan perjalanan terhadap 13 negara majoriti Islam dan negara Afrika daripada memasuki negara itu.

Presiden AS, Joe Biden menarik balik arahan Trump tersebut semasa hari pertama beliau menjawat jawatan.

Jurucakap bagi Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, pemohon yang ditolak visa mereka sebelum 20 Januari 2020 perlu menghantar permohonan baharu dan membayar bagi perkhidmatan tersebut.

Bagi mereka yang dihalang masuk selepas 20 Januari 2020 boleh dipertimbangkan semula tanpa menghantar permohonan semula dan tidak perlu membayar caj tambahan.

Sejak Disember 2017, selepas versi semakan semula tehradap larangan melawati negara itu diputuskan oleh Mahkamah Agung AS, seramai 40,000 individu dihalang masuk ke negara itu.

Semasa pentadbiran Trump, beberapa negara dimasukkan dalam senarai larangan itu seperti Myanmar, Eritrea, Iran, Kyrgyzstan, Libya, Nigeria, Korea Utara, Somalia, Sudan, Syria, Tanzania, Venezuela dan Yaman. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya