Biden calon orang Islam, wanita kulit hitam sebagai hakim persekutuan - Utusan Malaysia

Biden calon orang Islam, wanita kulit hitam sebagai hakim persekutuan

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mencalonkan beberapa wanita berkulit hitam, seorang berketurunan Asia dan pertama kalinya beragama Islam sebagai hakim mahkamah persekutuan di negara ini.

Langkah itu sekali gus dilihat sebagai usaha untuk mewujudkan ‘kepelbagaian dalam sistem perundangan’ di AS, selain bertentangan dengan cara Donald Trump ketika mentadbir Washington sebelum ini.

Sepanjang tempoh pentadbirannya, Trump melantik semua hakim mahkamah persekutuan yang terdiri daripada lelaki berkulit putih.

Berbeza dengan Biden, dalam 11 pemilihannya, hanya dua calon lelaki dan selebihnya adalah wanita.

Antara calon yang disenaraikan termasuk Hakim Ketanji Brown Jackson yang berkerturunan Afrika-Amerika.

Jika disahkan Senat, Jackson, 50, akan menggantikan Merric Garland yang ketika ini berkhidmat sebagai peguam negara untuk Biden.

Sementara itu, Zahid Quraishi, 45, bakal menjadi orang Islam pertama yang menjadi hakim mahkamah persekutuan jika diluluskan oleh Dewan Senat.

Keluarga Zahid berasal dari Pakistan dan ketika ini beliau berkhidmat sebagai hakim majistret di New Jersey. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya