MIAMI: Seorang wanita dari Florida yang sudah menerima satu dos suntikan vaksin dilaporkan melahirkan bayi perempuan yang memiliki antibodi Covid-19.
Lapor The Guardian, dua pakar pediatrik mendakwa bayi perempuan yang dilahirkan dengan antibodi Covid-19 itu merupakan kes pertama seumpamanya selepas proses vaksinasi dilakukan kepada golongan wanita mengandung.
Doktor tersebut mengemukakan penemuan mereka menerusi artikel pra cetak yang bermakna laporan itu masih belum diteliti semula oleh pihak berkaitan.
Menurut Dr. Paul Gilbert dan Chad Rudnick, ibu bayi perempuan itu yang merupakan petugas kesihatan menerima suntikan pertama vaksin Moderna pada Januari lalu ketika mengandung 36 minggu.
Wanita itu melahirkan seorang anak perempuan yang sihat tiga minggu kemudian.
Jelas artikel itu, para penyelidik mengkaji darah dari tali pusat bayi dan mengesan kehadiran antibodi pada waktu kelahiran.
“Oleh itu, terdapat potensi perlindungan dan pengurangan risiko jangkitan daripada Covid-19 dengan menerima vaksinasi ketika hamil.
“Setahu kami, ini merupakan kes pertama di dunia melibatkan bayi dilahirkan dengan antibodi selepas vaksinasi,” kata Gilbert kepada stesen televisyen, West Palm Beach.
Jelasnya, mereka juga menjalankan pemeriksaan terhadap tali pusat bayi untuk mengetahui sama ada antibodi ibunya disebarkan kepada bayi tersebut.
Artikel itu bagaimanapun menjelaskan bahawa kajian lanjut di