Bagi duit kepada pengemis di Jakarta boleh dipenjara - Utusan Malaysia

Bagi duit kepada pengemis di Jakarta boleh dipenjara

SEORANG peminta sedekah memakai kostum tradisional ondel-ondel di Jalan Kembang Pacar, Senen, Jakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Amalan memberi duit kepada peminta sedekah dan penghibur jalanan di bandar raya ini adalah dilarang. 

Lapor Kompas.com, perkara itu diumumkan oleh Ketua Unit Perkhidmatan Awam, Polis Jakarta, Arifin, menerusi Peraturan Wilayah Jakarta (Perda) Nombor 8/2007 berhubung perintah awam. 

“Individu yang memberikan duit kepada peminta sedekah di bandar raya ini boleh dikenakan denda dan hukuman penjara,” katanya. 

Perkara 40, Perda Nombor 8/2007 menjelaskan setiap individu atau mana-mana entiti dilarang menjadi peminta sedekah, penghibur jalanan, peniaga dan pencuci kereta. 

“Peraturan sama turut melarang daripada memberitahu orang lain atau membuat urusan jual beli dengan peniaga atau memberikan wang atau barangan kepada individu tersebut,” ujar Arifin. 

Individu yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 hari dan maksimum 60 hari termasuk denda 100,000 (RM28) hingga 20 juta rupiah (RM5,738).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya