Australia tidak mahu guna Facebook ads - Utusan Malaysia

Australia tidak mahu guna Facebook ads

TINDAKAN tidak menggunakan Facebook ads itu antaranya bagi mengekang lambakan teori konspirasi anti vaksin. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Jabatan Kesihatan Australia mengambil langkah untuk tidak menggunakan kemudahan iklan dalam Facebook (FB ads).

Pengumuman itu merupakan tindakan terkini pihak kerajaan terhadap media sosial serta terus menghalang kandungan berita daripada platform itu di negara ini.

Pembekuan itu selepas Australia mula melaksanakan kempen vaksinasi Covid-19 dengan kos AS$20 juta (RM80 juta) bertujuan meningkatkan penggunaan dan mengatasi lambakan teori konspirasi anti vaksin.

Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata, pihaknya masih mengeluarkan bayaran bagi mempromosikan kempen vaksinasi kecuali di Facebook.

“Kita akan menggunakan semua dana dan berterusan memuat naik kandungan di saluran tertentu, kita cuma tidak mahu menggunakan kaedah boosting di FB Ads,” katanya.

Kerajaan Australia terperangkap dalam perselisihan sengit dengan Facebook mengenai undang-undang yang memaksa platform digital untuk mengimbangi saluran media bagi kandungan dalam talian.

Facebook sangat menentang undang-undang yang dicadangkan itu dengan menyekat semua berita Australia di platformnya, Khamis lalu.

Malah, catatan oleh beberapa perkhidmatan kecemasan juga tersekat sekali gus menimbulkan kemarahan.

Undang-undang tersebut diharapkan dapat dimuktamadkan di Parlimen minggu ini dan Facebook dipercayai masih dalam perbincangan dengan syarikat media Australia dan pemerintah untuk mencari jalan keluar pada saat-saat terakhir. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya