AS akan dapat vaksin mencukupi hingga Mei ini - Utusan Malaysia

AS akan dapat vaksin mencukupi hingga Mei ini

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan negara itu akan mempunyai bekalan vaksin mencukupi bagi kesemua populasi dewasa sehingga hujung Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan ketika beliau mengumumkan perjanjian bagi syarikat farmaseutikal gergasi, Merck untuk menghasilkan suntikan oleh syarikat pesaing Johnson&Johnson (J&J).

“Ini adalah jenis kolaborasi antara syarikat yang dapat dilihat semasa Perang Dunia.

“Kita sekarang berada di landasan tepat mendapatkan bekalan vaksin mencukupi bagi setiap golongan dewasa di AS sehingga hujung Mei ini,” katanya.

Menurut Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS), Merck akan menggunakan dua fasiliti bagi menghasilkan kandungan dadah, merumuskan dan mengisi botol vaksin J&J.

AS akan memanfaatkan Akta Penghasilan Pertahanan bagi membekalkan permulaan AS$105 juta (RM425 juta) untuk Merck mengubah dan melengkapkan fasilitinya bagi memastikan pembuatan dengan selamat.

Vaksin J&J merupakan vaksin ketiga diterima AS bagi kebenaran penggunaan kecemasan serta vaksin pertama yang hanya memerlukan satu suntikan sahaja.

Jelas Biden, fasiliti pembuatan vaksin J&J akan mula beroperasi selama 24 jam sehari. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya