Arab Saudi dilanda 7 juta serangan siber - Utusan Malaysia

Arab Saudi dilanda 7 juta serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Arab Saudi melaporkan sebanyak tujuh juta serangan siber melanda negara itu bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Lapor Arab News, situasi itu meningkat ketika perintah bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan ancaman keselmatan dan risiko kepada syarikat serta pekerja negara itu.

Laporan yang didedahkan syarikat keselamatan siber Kaspersky, turut menjelaskan Arab Saudi menyaksikan lebih 22.5 juta serangan kekerasan pada tahun lalu terhadap protokol desktop jarak jauh (RDP) yang merupakan cara paling popular untuk mengakses Windows.

Serangan kekerasan adalah percubaan untuk meneka maklumat pendaftaran masuk, kunci penyulitan atau mencari halaman web tersembunyi.

Jumlah serangan meningkat ketara sebanyak 104 peratus pada bulan ini sebanyak dua juta berbanding Februari lalu adalah 983,512 kes.

Peningkatan itu selari pengumuman kerajaan yang mengehadkan waktu kerja di pejabat dan aktiviti lain.

Pakar Keselamatan Siber, Abdullah Al-Gumaijan menjelaskan terdapat tiga faktor di sebalik peningkatan serangan siber baru-baru ini.

“Apabila berlaku tekanan politik di rantau ini, serangan siber juga meningkat. Penyerang hari ini sudah menyedari nilai serangan tersebut ketika mereka terus membuktikan keupayaan. Oleh itu, trend mereka beralih ke arah serangan siber dalam pelaburan yang menyaksikan peningkatan.

“Faktor ketiga disebabkan wabak melanda dengan kebanyakan orang bekerja dari rumah, bermakna kebanyakan organisasi terpaksa mempermudahkan kawalan keselamatan untuk membolehkan majikan mengakses dalam lingkungan jarak jauh. Semakin kita selamat, semakin kurang fleksibiliti yang ada,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya