Antibodi kanak-kanak lebih kuat respons Covid-19 - Utusan Malaysia

Antibodi kanak-kanak lebih kuat respons Covid-19

PERKEMBANGAN baharu itu berdasarkan sebuah kajian yang disiarkan dalam JAMA Network Open yang mendapati kanak-kanak kurang rentan terhadap Covid-19 berbanding orang dewasa. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kanak-kanak berusia 10 tahun dan lebih muda menghasilkan lebih banyak antibodi untuk bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19 berbanding remaja dan dewasa.

Perkembangan baharu itu berdasarkan sebuah kajian yang disiarkan dalam JAMA Network Open yang mendapati kanak-kanak kurang rentan terhadap Covid-19 berbanding orang dewasa walaupun masih di peringkat penyelidikan serta terdapat banyak faktor lain.

Pasukan yang diketuai pakar di Weill Cornell Medicine menjalankan kajian terhadap 32,000 antibodi dari bandar New York antara April hingga Ogos tahun lalu, serta mendapati bilangan sama 1,200 kanak-kanak dan 30,000 dewasa menunjukkan tanda jangkitan 17 hingga 19 peratus.

Saintis kemudian menjalankan kajian terhadap sekumpulan ibu bapa yang disahkan positif terdiri daripada 85 kanak-kanak dan 3,648 dewasa untuk menentukan tahap antibodi immunoglobulin G (IgG).

Seramai 32 kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun menunjukkan tahap median IgG hampir lima kali ganda lebih tinggi daripada 127 dewasa berusia 19 hingga 24 tahun.

Akhir sekali, pakar memfokuskan terhadap 126 pesakit positif berumur satu hingga 24 tahun, dan tiada sesiapa mengalami virus Covid-19 untuk mencirikan tindak balas antibodi.

Penemuan itu menunjukkan perbezaan klinikal Covid-19 terhadap pesakit pediatrik berbanding pesakit dewasa disebabkan oleh tindak balas imun yang berkaitan usia.

Fakta bahawa kanak-kanak kurang terdedah Covid-19 dalam beberapa cara tidak intuitif, memandangkan ramai dipengaruhi oleh penyakit pernafasan lain serta lambakan teori lain. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya