NEW DELHI: Satu video yang menunjukkan seekor anjing terkurung bersama seekor harimau bintang di dalam tandas selama lebih tujuh jam menjadi tular dalam media sosial.
Lapor India Today, insiden itu berlaku di perkampungan Bilinele, Karnataka pada bulan lalu, namun video tersebut mula tular baru-baru ini.
Insiden itu berlaku ketika kedua-dua haiwan tersebut saling berkejaran dan termasuk ke dalam tandas.
Seorang penduduk yang ternampak insiden itu kemudiannya mengunci pintu tandas berkenaan sebelum menghubungi polis dan jabatan perhilitan.
Video itu juga menunjukkan harimau bintang tersebut cuba menyerang individu yang merakam video tersebut.
Pegawai perhilitan cuba menembak dos pelali dari atas bumbung tandas tersebut, namun harimau bintang itu sempat memanjat keluar dan melarikan diri.
Biarpun terperangkap dalam tempoh yang lama, kedua-dua haiwan itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Walaupun terperangkap dalam tempoh yang lama, kedua-dua haiwan tersebut selamat.