JAWA: Beberapa anggota Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Sumedang, Jawa Barat dilaporkan mengalami ketakutan dengan jarum suntikan semasa proses vaksinasi dijalankan.
Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku apabila anggota polis tersebut menjerit dan berteriak semasa disuntik vaksin Covid-19.
Tidak hanya berteriak, salah seorang anggota Satpol PP itu terpaksa diheret oleh anggota lain kerana lari ketakutan ketika menerima suntikan vaksin Sinovac.
Setiausaha Satpol PP, Kebakaran dan Linmas, Sumedang, Deni Hanafiah berkata, seramai 206 individu yang dijadualkan menerima suntikan tersebut.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat orang tidak disuntik vaksin kerana sudah disahkan positif Covid-19, manakala, seorang individu lain sedang hamil.
Menurut Deni, pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 berjalan lancar walaupun terdapat beberapa adegan yang tidak dijangkakan itu.