KABUL: Seramai sembilan anggota tentera terbunuh dalam nahas helikopter di Afghanistan, semalam.
Menurut Menteri Pertahanan, pihaknya sedang menyiasat punca nahas yang berlaku di wilayah Maidan Wardak dan kematian turut mengorbankan ahli kru dan pasukan khas keselamatan.
Sumber tentera udara dan pegawai wilayah memberitahu Reuters, helikopter itu ditembak oleh serangan roket semasa berlepas. -REUTERS