MEXICO CITY: Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan dalam demonstrasi sempena Hari Wanita Antarabangsa menyaksikan sekurang-kurangnya 81 orang cedera dan kebanyakannya merupakan anggota polis wanita.
Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata, keganasan yang berlaku dalam tunjuk perasaan tersebut adalah bermotivasikan politik dan dipenuhi dengan ‘hasutan jahat’.
Keadaan semakin tegang selepas Obrador didakwa masih menyokong ahli politik yang dituduh melakukan jenayah rogol.
Selain itu, Obrador juga mendedahkan rakaman yang menunjukkan penunjuk perasaan merosakkan halangan besi yang diletakkan bagi melindungi bangunan serta monumen bersejarah di bandar ini.
Seramai 62 anggota polis wanita cedera dengan sembilan daripadanya dimasukkan ke hospital apabila ada antara mereka yang mengalami patah tulang. – REUTERS