8 cedera ditikam suspek pengganas - Utusan Malaysia

8 cedera ditikam suspek pengganas

POLIS tidak menolak motif serangan melibatkan serangan pengganas. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Seorang lelaki menyerang lapan individu dengan senjata tajam sehingga menyebabkan dua rakyat Sweden mengalami kecederaan serius di bandar Vetlanda.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan serangan mempunyai motif pengganas dan penyerang dibawa ke hospital selepas ditembak di bahagian kaki oleh anggota keselamatan.

Bercakap kepada AFP, polis berkata, suspek lelaki dalam lingkungan usia 20an itu menggunakan senjata tajam, dengan media tempatan melaporkan dia mengacukan pisau.

Pihak polis pada mulanya mengklasifikasikan insiden itu sebagai cubaan membunuh, namun, mengubah pertuduhan itu dalam kenyataan sebagai ‘suspek jenayah pengganas’ tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Ketua Polis daerah, Malena Grann menerusi sidang akhbar menjelaskan hasil siasatan awal mendapati kes itu melibatkan cubaan membunuh dan turut meneliti motif serangan pengganas.

“Terdapat perincian dan maklumat mendalam dalam penyiasatan yang mendorong kita untuk menyiasat sama ada terdapat motif serangan pengganas,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya bekerja rapat dengan perkhidmatan perisikan Sweden Sapo.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Olivia Strandberg memberitahu agensi berita SVT, dia tidak menyaksikan serangan sebenar tetapi melihat seorang lelaki dibawa pergi dari tingkap rumahnya selepas pulang dari kerja.

“Saya baru sahaja pulang ke rumah dan kawan baik saya mengingatkan supaya tidak keluar rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya