45 maut rempuhan di Tanzania - Utusan Malaysia

45 maut rempuhan di Tanzania

BEKAS Presiden Tanzania, John Magufuli -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM: Polis Tanzania hari ini memaklumkan seramai 45 orang maut dalam satu insiden rempuhan di sini pada 21 Mac lalu ketika orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden negara ini yang meninggal dunia.

Jurucakap polis, Lazaro Mambosasa berkata, orang ramai berasak-asak cuba memasuki stadium yang menempatkan mayat John Magufuli sebelum dikebumikan.

Katanya, keadaan mula bertukar ganas apabila orang ramai mula menolak antara satu sama lain dan berlakunya rempuhan.

“Lima daripada jumlah korban adalah sekeluarga iaitu melibatkan seorang wanita dan empat kanak-kanak.

“Puluhan orang juga dilaporkan cedera dalam insiden tersebut,” katanya.

Puluhan ribu penduduk Tanzania memenuhi jalan utama di sekitar bandar ini bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Magufuli yang dilaporkan meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit misteri pada 17 Mac lalu.

Orang ramai menabur kelopak bunga ketika kenderaan yang membawa mayat Magufuli melalui jalan utama ke Stadium Uhuru. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya