42.9kg dadah ditemui di sempadan Indonesia-Malaysia - Utusan Malaysia

42.9kg dadah ditemui di sempadan Indonesia-Malaysia

BUNGKUSAN yang ditemukan di perkampungan Sebunga, wilayah Sambas mengandungi 42.9 kilogram dadah jenis syabu. - SATGAS PAMTAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan Petugas Keselamatan Sempadan (Satgas Pamtas) Yonif 642 Kapuas menemui dua kotak yang mengandungi 40 bungkusan dadah ketika melakukan rondaan di sempadan Indonesia-Malaysia. 

Lapor Kompas, dadah jenis syabu itu ditemukan di perkampungan Sebunga, wilayah Sambas di Kalimantan Barat.

Dianggarkan, kesemua bungkusan yang ditemukan tanpa pemilik itu mengandungi 42.9 kilogram (kg).

“Bungkusan dadah itu ditemui oleh anggota Pos Gabma Sajingan ketika melakukan aktiviti rondaan sempadan dan jalan haram di laluan pemeriksaan kawasan tersebut,” Komander Satgas Pamtas Indonesia-Malaysia Yonif 642, Leftenan Kolonel Alim Mustofa dalam satu kenyataan.

Jelas Alim, pihaknya menemukan bungkusan dadah itu pada Sabtu lalu.

Katanya, ketika kejadian, anggota Pos Gabma Sajingan sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut dan dalam perjalanan mereka menemui dua kotak yang mencurigakan. 

Jelasnya, setelah membuka kotak tersebut, mereka menjumpai bungkusan yang disyaki dadah jenis syabu.

“Dadah itu dibungkus dengan paket teh,” katanya.

Menurut Alim, aktiviti rondaan semakin banyak dijalankan selepas menerima tekanan daripada beberapa pihak termasuk panglima operasi.

“Tentera diarahkan untuk mengetatkan lagi kawalan dan meningkatkan rondaan di seluruh kawasan perbatasan Indonesia-Malaysia,” katanya. 

Alim menegaskan, hasil penemuan itu merupakan kerja keras anggota Satgas Pamtas Yonif 642 menerusi maklumat yang dikumpulkan daripada pasukan petugas dalaman dan wilayah yang terletak di kawasan sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya