PARIS: Lebih 400 juta dos suntikan vaksin Covid-19 sudah digunakan di seluruh dunia sehingga kelmarin. Walaupun lebih 20 negara menggantung penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca, program vaksinasi menentang ancaman Covid-19 masih berjalan lancar dan cepat. Sebagai contoh, 100 juta penduduk kumpulan terakhir yang sudah divaksin menerima suntikan tersebut dalam tempoh 11 hari iaitu enam kali lebih cepat berbanding dengan kumpulan 100 juta pertama penerima vaksin. Sehingga kelmarin, sebanyak 402.3 juta dos vaksin sudah diberikan kepada lebih 158 negara di seluruh dunia. Negara-negara miskin juga sudah memulakan vaksinasi Covid-19 menerusi program Covax.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya