LONDON: Institusi kewangan, Nationwide membenarkan seramai 13,000 pekerjanya memilih untuk bekerja dari mana-mana tempat di bawah skim fleksibiliti baharu.
Lapor BBC, institusi yang membina masyarakat terbesar itu menjelaskan, pelan bekerja di mana sahaja membenarkan pekerja mengawal lebih banyak masa dalam kehidupan mereka.
Menerusi pelan itu, Nationwide menutup tiga pejabat di Swindon dengan 3,000 pekerja berpindah ke ibu pejabat berdekatan atau bekerja dari rumah.
Staf lain boleh bekerja di cawangan tempatan High Street sekiranya mereka membuat pilihan itu berbanding melakukan perjalanan ke pejabat setiap hari.
Menerusi tinjauan terhadap pekerja, seramai 57 peratus memilih bekerja dari rumah sepenuh masa selepas perintah berkurung tamat, manakala, lebih 36 peratus memilih bekerja di rumah dan pejabat secara berselang seli.
Ketua Pegawai Eksekutif Nationwide, Joe Garner berkata, tahun lalu mengajar kebanyakan kita bagaimana pelaksanaan sesuatu kerja itu lebih penting daripada di mana kerja itu dilakukan.
“Kita sudah mendengar dan belajar serta mengambil keputusan bergerak kehadapan bukan kebelakang. Kami memberikan kebebasan kepada para pekerja untuk bekerja dari mana sahaja asalkan tercapai sasaran yang mereka inginkan,” katanya.