MEXICO: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan hendap konvoi pasukan polis oleh kumpulan penjenayah di Coatpec Harinas, Mexico.
Lapor BBC, kesemua mangsa adalah pegawai polis dan pegawai dari pejabat pendakwa raya negara.
Rakaman gambar dalam media sosial menunjukkan kenderaan polis dan mayat terbaring di tepi jalan.
Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku menjadi dalang serangan tersebut.
Lapan mangsa merupakan polis negeri manakala, lima yang lain adalah pegawai yang ditugaskan ke pejabat pendakwa negeri.
Menteri Keselamatan, Rodrigo Martinez Celis menyifatkan serangan itu merupakan penghinaan terhadap Mexico.
“Kita akan menggunakan semua kekuatan yang ada serta mengikut lunas undang-undang,” tegasnya.
Pengawal Kebangsaan Mexico dan beberapa pasukan angkatan tentera dikerahkan mencari penyerang tersebut.
Ibu negara itu, Mexico City merupakan sarang geng jenayah dan tempat paling banyak berlaku insiden keganasan di negara itu.