WHO lulus vaksin AstraZeneca-Oxford - Utusan Malaysia

WHO lulus vaksin AstraZeneca-Oxford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan vaksin Covid-19 yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford untuk kegunaan kecemasan.

Langkah itu secara tidak langsung meluaskan akses kepada suntikan vaksin di negara-negara membangun. 

“Kita kini mempunyai kemudahan bagi membolehkan pengagihan vaksin dengan cepat namun kita masih perlu meningkatkan pengeluarannya.   

“Kami juga menggesa pembuat vaksin Covid-19 untuk menyerahkan dokumen kepada WHO untuk diteliti pada masa yang sama mereka memberi kepada pengawal selia di negara-negara berpendapatan tinggi,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang akhbar.

Menurut kenyataan WHO, pihaknya sudah meluluskan vaksin yang dikeluarkan AstraZeneca-SKBio (Korea Selatan) dan Serum Institute of India.

“Pada pertengahan tahun ini, kami harap lebih 300 juta dos vaksin dapat disediakan kepada 145 negara menerusi program COVAX,” jelas kenyataan itu.

Langkah meluluskan penggunaan vaksin tersebut dibuat selepas sebuah panel WHO mengemukakan cadangan interim mengenai vaksin dengan menyatakan dua dos harus diberikan kepada semua orang dewasa dengan selang tempoh sekitar lapan hingga 12 minggu.

Vaksin keluaran AstraZeneca-Oxford dipuji kerana lebih murah dan senang untuk diedarkan berbanding vaksin lain termasuk Pfizer-BioNTech yang juga disenaraikan untuk kegunaan kecemasan oleh WHO pada akhir Disember tahun lalu. – REUTERS 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya