Wartawan Australia ditangkap di China - Utusan Malaysia

Wartawan Australia ditangkap di China

CHENG LEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Wartawan Australia yang bertugas di stesen televisyen China ditangkap atas dakwaan menyalurkan rahsia negara ke luar negara, menurut Canberra.

Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata, pihak berkuasa China memaklumkan Cheng Lei ditahan pada 5 Februari lalu selepas tidak kelihatan sejak Ogos tahun lalu.

“Pihak berkuasa China memaklumkan Cheng ditangkap kerana didakwa membekalkan rahsia negara ke luar negara secara haram,” katanya dalam kenyataan.

Penahanan Cheng itu mengeruhkan lagi hubungan Beijing dan Canberra.

Menurut Payne, diplomat Australia pernah mengunjungi Cheng sebanyak enam kali sejak dia ditahan.

“Kita menjangkakan piawaian asas keadilan, prosedur tahanan yang adil dan layanan kemanusiaan dipenuhi selari dengan norma antarabangsa,” katanya.

Cheng yang pernah mengendalikan temu bual dengan Ketua Pegawai Eksekutif antarabangsa bagi rancangan Global Business dan BizTalk CGTN merupakan individu berprofil tinggi dan rakyat Australia kedua ditahan Beijing selepas penulis, Yang Hengjun ditangkap pada Januari 2019 berhubung dakwaan melakukan pengintipan.

Penahanan itu menimbulkan kejutan terhadap komuniti wartawan antarabangsa di China.

Sementara itu, Cheng didakwa menulis beberapa kenyataan dalam Facebook yang mengkritik Presiden China, Xi Jinping dan pendekatan Beijing dalam menangani pandemik Covid-19. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya