Warga emas dipukul dituduh amal ilmu hitam - Utusan Malaysia

Warga emas dipukul dituduh amal ilmu hitam

RUMAH Pakoh dan A Latif musnah akibat dibakar penduduk kampung yang mendakwa mereka amalkan ilmu hitam di Bima, Nusa Tenggara Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara dituduh mengamalkan ilmu hitam, pasangan suami isteri warga emas dipukul penduduk kampung di Bima, Sumbawa, wilayah Nusa Tenggara Barat.

Lapor Tribunnews, rumah pasangan itu juga dibakar dan mereka mengalami kecederaan dengan pergelangan tangan hampir putus.

Dituduh menjadi dukun ilmu hitam, Pakoh, 60 tahun dan suaminya, A Latif, 65, hampir maut dalam insiden tersebut.

Jurucakap polis, Kodrad dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika pasangan itu sedang tidur di rumahnya apabila penduduk kampung mula membakar rumah mereka.

“Ketika mereka turun dari rumah, penduduk kampung terus memukul tanpa belas kasihan sehingga kedua-duanya cedera parah.

“Anak pasangan yang turut berada dalam rumah bertindak meredakan keadaan dan membawa ibu  bapanya ke hospital,” katanya.

Sehubungan itu, polis masih menyelidik dalang serangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya