GENEVA: Ngozi Okonjo Iweala merupakan wanita pertama dan pemimpin Afrika yang dilantik bagi memimpin Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
WTO memanggil mesyuarat khas jawatankuasa dengan bekas Menteri Kewangan Nigeria dan veteran Bank Dunia itu yang dijangka dipilih sebagai Ketua Pengarah baharu pertubuhan itu.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mencadangkan pencalonan Okonjo Iweala selepas satu-satunya pesaing lain iaitu Menteri Perdagangan Korea Selatan, Yoo Myung Hee menarik diri.
“Saya berharap dapat menyelesaikan prosesnya,” kata Okonjo Iweala selepas mendapat sokongan Biden.
Organisasi itu juga berhasrat memutuskan proses penarikan diri tanpa pemimpin sejak diplomat Brazil, Roberto Azevedo mengundurkan diri pada Ogos lalu, setahun lebih awal daripada dijadualkan.
Proses pemilihan seorang daripada lapan calon sepatutnya dijangka selesai pada November lalu, tetapi pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump menghalang konsensus pelantikan Okonjo Iweala.
Beliau yang berusia 66 tahun tidak akan berada di ibu pejabat WTO di Geneva bagi sesi dalam talian hari ini dan masih belum diketahui bila tarikh beliau akan mengambil alih tugasnya.
Sesi khas bersama 164 ahli organisasi itu dijangka pada pukul 10 malam ini dan Okonjo Iweala dijadualkan mengadakan sidang akhbar dua jam selepas itu. -AFP