Vitamin C, zink tidak kurangkan gejala Covid-19 - Utusan Malaysia

Vitamin C, zink tidak kurangkan gejala Covid-19

KAJIAN mendapati vitamin C dan zink tidak mengurangkan gejala Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendedahkan bahawa Vitamin C dan zink tidak membantu individu dalam melawan jangkitan wabak Covid-19. 

Memetik laporan CNN, vitamin C dan zink tidak sama sekali membantu meskipun ia diambil pada dos yang tinggi.  

Penemuan itu berdasarkan ujian klinikal rawak pertama yang mengkaji dua suplemen di bawah pengawasan perubatan.

Kajian baharu yang disiarkan dalam jurnal perubatan JAMA Network Open mendapati kedua-dua suplemen itu tidak memberi sebarang manfaat kepada pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Malah, penemuan itu dilaporkan tidak memberi kesan yang begitu memberangsangkan sehingga kajian itu dihentikan lebih awal. 

“Malangnya, dua suplemen ini gagal menunjukkan tahap kebaikannya,” jelas Dr. Erin Michos dari Sekolah Perubatan Johns Hopkins dan Miguel Cainzos-Achirica dari Institut Akademi Houston Methodist.

Ujian klinikal itu memberikan dos tinggi setiap suplemen dan gabungan suplemen kepada satu daripada tiga kumpulan yang terdiri daripada 214 orang dewasa yang menjalani kuarantin di rumah.

Kumpulan keempat mendapat rawatan standard seperti rehat, hidrasi dan ubat demam namun tidak diberikan suplemen tersebut.

“Dos zink dan vitamin C yang tinggi atau kedua-dua suplemen itu tidak mengurangkan gejala virus SARS-CoV-2,” kata pakar kardiologi dari Klinik Cleveland, Dr. Milind Desai dan sebuah pasukan dari klinik tersebut.

Dos tinggi itu bagaimanapun menyebabkan beberapa kesan sampingan buruk terhadap pesakit yang mengambil suplemen tersebut.  

“Lebih banyak kesan buruk seperti mual, cirit-birit dan kekejangan berlaku dalam kalangan kumpulan yang mengambil suplemen itu berbanding kumpulan rawatan biasa,” jelas Michos dan Cainzos-Achirica.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya