TEHERAN: Iran memaklumkan keputusan awal menunjukkan vaksin Covid-19 keluaran negara ini menunjukkan tahap keberkesanan sehingga 90 peratus.
Ketua Ujian Klinikal Vaksin COVIran Barekat, Mohamad Reza Salehi berkata, ujian fasa pertama dilakukan terhadap 35 sukarelawan dan keputusan yang diperoleh adalah di luar jangkaan.
“Penilaian awal menunjukkan keputusan yang positif apabila sukarelawan yang menerima dua dos suntikan vaksin mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19,” katanya.
Ujian fasa kedua vaksin tersebut dijangka dilakukan pada 20 Mac sehingga Mei ini.
Pakar perubatan sebelum ini memaklumkan COVIran Barekat ‘100 peratus berkesan’ menentang varian Covid-19 yang di kesan di United Kingdom.
Penghasilan vaksin tersebut diuruskan oleh Setad iaitu sebuah organisasi yang berada di bawah pimpinan Ayatollah Ali Khamenei. – AGENSI