Vaksin Covid-19 diancam mutasi baharu UK - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 diancam mutasi baharu UK

PAKAR meramalkan masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada perkembangan ini merupakan impak Covid-19 di UK serta seluruh dunia. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mutasi yang boleh menyebabkan virus Covid-19 menembus perlindungan antibodi yang terdapat dalam suntikan vaksin, kini dijumpai dalam sampel strain yang merebak pantas di United Kingdom (UK). 

CNN melaporkan, mutasi yang dikenali sebagai E484K merupakan sebahagian daripada genetik varian yang mempunyai kaitan dengan Afrika Selatan dan Brazil. 

Menurut laporan Agensi Kesihatan Awam England (PHE), mutasi baharu itu dikesan dalam 11 sampel strain B.1.1.7 dengan beberapa sampel mutasi didapati secara bebas dan tidak merebak daripada satu kes.

Pakar berkata, varian yang diketahui lebih mudah dijangkiti turut mendatangkan risiko terhadap perlindungan imun yang ditawarkan oleh vaksin, atau lebih cenderung menyebabkan jangkitan semula terhadap individu yang pernah dijangkiti sebelum ini.  

Saintis Penyelidikan Epidemiologi, Sekolah Kesihatan Awam Yale, Joseph Fauver berkata, perkembangan baharu itu bukan berita baik bagi keberkesanan vaksin. 

Jelasnya, penemuan baharu itu perlu dipantau di Amerika Syarikat (AS) secara berterusan dengan melakukan kajian lanjut terhadap varian tersebut.    

 

KESAN VAKSIN BERBEZA IKUT NEGARA   

Pakar berpandangan adalah terlalu awal untuk meramalkan sama ada perkembangan ini merupakan impak Covid-19 di UK serta seluruh dunia. 

Bagaimanapun, terdapat kajian mendedahkan mutasi E484K merupakan dalang disebalik vaksin kurang berkesan di Afrika Selatan. 

Baru-baru ini, Novavax mengumumkan vaksin 89 peratus berkesan dalam ujian percubaan fasa tiga, namun, hanya 60 peratus sahaja didapati berkesan dalam kajian berasingan fasa dua di Afrika Selatan. 

Keberkesanan ujian percubaan fasa tiga Johnson & Johnson berbeza mengikut negara dengan 72 peratus di AS berbanding 57 peratus di Afrika Selatan. 

Dalam kedua-dua ujian percubaan, sebanyak 90 hingga 95 peratus kes di Afrika Selatan dikaitkan varian B.1.351 yang mengandungi mutasi E484K. 

Kebanyakan bukti awal mutasi itu diperoleh daripada kajian makmal yang menunjukkan antibodi tidak mampu mengubah struktur protein spike. 

Contoh terkini dapat dilihat menerusi kajian baharu yang menemui antibodi daripada individu yang divaksin menjadi kurang efektif dalam meneutralkan virus sintetik, yang bermakna mengandungi mutasi penting dari B.1.1.7 serta E484K. 

Kajian berdasarkan sampel darah yang diambil daripada 23 individu yang menerima suntikan pertama vaksin Pfizer/BioNTech tiga minggu lebih awal dengan purata umur 82 tahun. 

Kajian itu gagal menunjukkan kesan yang dialami oleh individu yang dijangkiti varian itu. 

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan AS melaporkan, virus strain B.1.1.7 yang pertama kali dikenal pasti di UK sudah merebak ke 70 negara di seluruh dunia termasuk 470 kes positif Covid-19 di AS. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya