UK uji vaksin tangani varian baharu   - Utusan Malaysia

UK uji vaksin tangani varian baharu  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) bakal melakukan ujian klinikal vaksin bagi membendung varian baharu Covid-19 bermula pada musim panas ini.

Ujian tersebut bertujuan menyediakan vaksin baharu yang lebih berkesan untuk mencegah  varian baharu sekiranya vaksin sedia ada tidak berupaya menghalang jangkitan.

Lapor Arab News, perkara itu dimaklumkan oleh kumpulan penyelidik vaksin Universiti Oxford kepada Parlimen UK. 

Prof. Sarah Gilbert berkata, pasukannya giat mengkaji vaksin Covid-19 sedia ada sebagai persediaan untuk menentang kemunculan varian baharu.

Satu ujian percubaan kecil yang dilakukan menunjukkan sebahagian varian Afrika Selatan yang merebak ke UK dapat dicegah dengan menggunakan vaksin keluaran Oxford.

Vaksin Novavax dan Johnson & Johnson pula didapati kurang berkesan untuk menentang varian Afrika Selatan itu. 

“Kita perlu membuat persediaan supaya semuanya sudah sedia apabila kita memerlukannya. 

“Buat masa ini, rancangan sudah disediakan bagi kempen imunisasi musim bunga, jadi sebelum musim sejuk tiba, kita sudah mempunyai vaksin varian baharu jika diperlukan,” katanya. 

Menurut Gilbert, percubaan sedang dijalankan bagi menilai sama ada campuran vaksin akan memberikan perlindungan lebih baik terhadap virus Covid-19 yang merangsang sistem kekebalan tubuh dengan cara berbeza. 

Kumpulan vaksin Oxford juga berusaha menghasilkan alternatif semburan hidung dan pil untuk  mencegah Covid-19. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya