Trump masih jadi calon pilihan - Utusan Malaysia

Trump masih jadi calon pilihan

DONALD TRUMP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu tinjauan mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih menjadi calon pilihan untuk mewakili parti Republikan dalam Pilihan Raya Presiden 2024.

Tinjauan yang dijalankan oleh Politico-Morning Consult turut memberi mesej bahawa sekiranya pilihan raya itu diadakan ketika ini, tidak mustahil bagi Trump untuk menang besar kerana masih dianggap berpengaruh dalam Republikan. 

Tinjauan Politico-Morning Consult itu dikeluarkan beberapa hari selepas Trump dibebaskan daripada pertuduhan menghasut pemberontakan pada rusuhan bangunan Capitol AS, dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua.

Lapor The Guardian, sebanyak 59 peratus pengundi Republikan mahu Trump memainkan peranan penting dalam parti tersebut.

Jumlah itu meningkat 18 mata berbanding tinjauan terakhir yang dilakukan selepas insiden rusuhan Capitol pada 6 Januari lalu. 

Sebanyak 54 peratus pengundi pula menyatakan bahawa mereka akan menyokong Trump dalam pilihan raya tersebut.

Dilaporkan, puluhan ribu ahli Republikan meninggalkan parti selepas insiden rusuhan tersebut.

Malah, majoriti rakyat AS memberitahu pungutan suara lain bahawa mereka mahu Trump berundur dari bidang politik. 

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden AS, Mike Pence pula menduduki tempat kedua dalam tinjauan Politico-Morning Consult dengan memperoleh sebanyak 12 peratus undian. 

Anak sulung lelaki Donald Trump, Donald Trump Jr dan bekas Gabenor South Carolina, Nikki Haley masing-masing berada pada kedudukan ketiga dengan meraih sebanyak enam peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya