BERLIN: Satu kajian mendedahkan tikus yang tinggal di kawasan bandar lebih bijak berbanding di luar bandar, lapor Daily Mail.
Pakar mempercayai kemahiran tikus tersebut menyelesaikan masalah lebih tinggi kerana mereka hidup bersama manusia di bandar yang memaksa mereka supaya bijak membiasakan diri dengan persekitaran.
Pakar Jerman mendapati apabila diuji dengan situasi tertentu, tikus dari kawasan bandar Berlin berjaya menyelesaikan masalah sebanyak 77 peratus.
Sebaliknya, tikus yang ditangkap dari kawasan luar bandar di Uckermark, Jerman, hanya mampu menyelesaikan ujian keadaan tersebut sekitar 52 peratus.
Menerusi kajian itu, pakar menyatakan kemampuan menyelesaikan masalah menjadi faktor kejayaan mengatasi faktor persekitaran manusia.
Sebanyak 31 tikus ditangkap dari kawasan liar dengan 14 tikus dari Berlin dan 17 dari kawasan luar bandar.
Pakar dari Universiti Potsdam dan Institut Max Plank bagi Evolusi Biologi kemudian meletakkan haiwan itu dalam sangkar yang dibina khas dengan cabaran.
Rumah Lego dalam sangkar itu mengandungi makanan dan tikus itu perlu mencari cara membukanya bagi mendapatkan makanan.
Cabaran seterusnya adalah melihat sama ada tikus itu mampu membuka penutup logam kotak plastik.
Tikus bandar didapati lebih bijak dan menunjukkan keupayaan menempuh halangan berbanding tikus luar bandar.