Tiga maut insiden tembakan di kedai senjata - Utusan Malaysia

Tiga maut insiden tembakan di kedai senjata

TIGA maut termasuk suspek dalam insiden tembakan di sebuah premis menjual senjata api di New Orleans, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Seorang lelaki yang memasuki sebuah kedai di sini dan menembak mati dua pengunjung turut menemui ajal apabila dia terbunuh selepas ditembak pekerja premis tersebut sebagai tindakan mempertahankan diri.

Lapor BBC, insiden tembakan itu berlaku di premis menjual senjata api, Jefferson Gun Outlet di Metairie.

Sherif Joseph Lopinto berkata, suspek ditembak pekerja premis berkenaan ketika cuba melepaskan tembakan lain dan meninggal dunia di kawasan letak kenderaan.

Jelas Lopinto, beberapa orang turut cedera dalam insiden tersebut dan mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa sehingga kini tidak mendedahkan identiti suspek dan mangsa serangan, selain motif serangan juga belum dikenal pasti.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya