Thailand catat kadar kelahiran rendah - Utusan Malaysia

Thailand catat kadar kelahiran rendah

KELUARGA yang bersedia mendapatkan zuriat akan diberikan bantuan yang diperlukan bagi memastikan bayi berada dalam keadaan sihat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jumlah kadar kesuburan (TFR) di Thailand semakin menurun sekali gus menyebabkan Kementerian Kesihatan terpaksa menganjurkan aktiviti bagi menggalakkan orang bujang berkahwin dan kesedaran kepada pasangan sudah berkahwin yang masih belum mempunyai anak mengenai kesihatan kesuburan.

Lapor Bangkok Post, TFR merujuk kepada purata bilangan anak-anak dilahirkan oleh wanita sepanjang hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Reproduktif, Kolej Diraja Thai Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Kamthorn Pruksananonda berkata, kadar kelahiran di Thailand tahun lalu menurun sebanyak 600,000 buat pertama kali sehingga menyebabkan kadar TFR menurun kepada 1.51 yang bermaksud sangat rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia berkata, sekiranya TFR sesebuah negara jatuh di bawah 2.1, bilangan golongan tua semakin bertambah dan menyebabkan masalah berkaitan pekerja asing meningkat.

Jelasnya, dua masalah itu dapat dilihat dengan jelas di Thailand.

“Semasa TFR di Jepun merekodkan 1.6, pemimpin waktu itu menyifatkan negara itu ditimpa bencana sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan.

“TFR di Thailand pernah mencatatkan 5.1 dan turun menjunam kepada 1.5. Pihak kerajaan masih belum melakukan apa-apa tindakan dan tanpa sebarang campur tangan, kadar itu diramalkan jatuh kepada 1.3 kurang dari satu dekad,” katanya.

Selain kadar kelahiran semakin menurun, Prof. Kamthorn berkata, bilangan bayi yang mengalami masalah kesihatan seperti sindrom down turut meningkat.

Sebagai contoh, di Jepun dan Eropah kadar purata wanita yang memerlukan bantuan perubatan bagi masalah kesuburan adalah pada umur 32, sementara di Thailand ketika mencecah 38 tahun.

Jelas beliau, umur itu agak lambat bagi mendapatkan bayi dan risiko kelahiran sindrom down juga meningkat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Sathit Pitutecha berkata, pihak kerajaan sedang merangka promosi perancangan keluarga yang bertujuan meningkatkan kadar kelahiran di negara ini secara sukarela.

Katanya, keluarga yang bersedia mendapatkan zuriat akan diberikan bantuan yang diperlukan bagi memastikan bayi berada dalam keadaan sihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya