Terkandas di pulau selama 33 hari - Utusan Malaysia

Terkandas di pulau selama 33 hari

TIGA individu diselamatkan dari sebuah pulau di Bahamas selepas terkandas selama 33 hari. - USCGSOUTHEAST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua lelaki dan seorang wanita berjaya diselamatkan dari sebuah pulau tidak berpenghuni di Bahamas selepas terkandas selama 33 hari.

Lapor Daily Mail, kesemua mangsa yang diselamatkan itu meneruskan kehidupan dengan hanya minum dan makan buah kelapa.

Jelas laporan tersebut, sebuah kru helikopter bersama Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melakukan operasi menyelamat kelmarin.

Menurut agensi berkenaan, pegawai mengesan individu mengibarkan bendera semasa melakukan rondaan udara di perairan sekitar Anguilla Cay, sebuah pulau tidak berpenghuni terletak antara Cuba dan Florida Keys.

Jelas Pengawal Pantai AS, kesemua mangsa yang tidak didedahkan nama, merupakan warganegara Cuba.

Mangsa memberitahu mereka terkandas di pulau itu sejak lima minggu lalu selepas bot yang dinaiki terbalik di perairan susulan laut bergelora dan berenang ke pantai.

Memetik laporan Sun Sentinel, seorang pegawai Pengawal Pantai AS, Brandon Murray berkata, tidak dapat dijelaskan punca tiga individu berada di dalam bot itu.

Murray berkata, mangsa mungkin merupakan pendatang yang cuba menyusup masuk ke AS atau nelayan yang sesat di laut.

           

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya