Taklimat pakar WHO siasat asal usul Covid-19, hari ini - Utusan Malaysia

Taklimat pakar WHO siasat asal usul Covid-19, hari ini

BEBERAPA anggota pasukan penyiasat WHO meninggalkan bangunan selepas mengunjungi pusat komuniti Jiangxinyuan di Wuhan, wilayah Hubei pada 4 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Sebuah pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menghabiskan masa hampir sebulan di China untuk menyiasat asal usul pandemik koronavirus, dijangka memberi taklimat kepada media di Wuhan hari ini.

“Pasukan antarabangsa yang sedang menyiasat untuk memahami asal usul virus Covid-19 dalam proses melengkapkan empat minggu tugasan mereka di Wuhan, China.

“Pasukan pakar itu bersama dengan rakan mereka dari China akan mengambil bahagian dalam satu sidang akhbar,” menurut WHO.

Taklimat tersebut diadakan kira-kira pada pukul 4 petang (waktu tempatan) di sebuah hotel yang terletak di bandar itu.

Kes pertama Covid-19 dikesan di Wuhan pada Disember 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya