Stadium kriket terbesar dunia dinamakan semula sempena Modi - Utusan Malaysia

Stadium kriket terbesar dunia dinamakan semula sempena Modi

STADIUM kriket terbesar di dunia itu dibina dengan kos kira-kira AS$100 juta (RM404.24 juta)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Stadium kriket terbesar di dunia yang terletak di Ahmedabad dinamakan semula sempena Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum perlawanan antarabangsa kriket pertama antara India dan England.

Stadium kriket yang mampu menempatkan seramai 110,000 penonton itu merupakan projek yang diilhamkan oleh Modi ketika beliau menjadi ketua menteri Gujarat.

Nama baharu iaitu Stadium Narendra Modi, diumumkan oleh Presiden Ramnath Kovind dalam satu majlis perasmian menjelang siri ujian ketiga antara India dan England.

“Projek ini adalah impian perdana menteri malah ketika memegang jawatan sebagai ketua menteri, Modi mencetuskan idea untuk membina stadium kriket terbesar di dunia,” kata Menteri Dalam Negeri, Amit Shah dalam majlis tersebut.

Infrastruktur di Ahmedabad itu dibina dengan kos kira-kira AS$100 juta (RM404.24 juta).

Stadium itu dikatakan boleh menampung lebih ramai penonton berbanding Melbourne Cricket Ground di Australia yang dapat memuatkan sekitar 100,000 penonton.

Pada Februari tahun lalu, Modi merasmikan stadium itu sebagai Stadium Kriket Sardar Vallabhbhai Patel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya