SpaceX rancang bawa orang awam ke orbit - Utusan Malaysia

SpaceX rancang bawa orang awam ke orbit

SPACEX berhasrat melancarkan misi pertama membawa orang awam ke orbit Bumi pada tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: SpaceX bercadang untuk melancarkan misi pertama membawa orang awam ke orbit Bumi pada tahun ini. 

Misi itu dikendalikan oleh bilionair, Jared Isaacman yang merancang menawarkan peluang kepada pemenang bertuah untuk mengembara ke angkasa lepas.    

Dalam misi tersebut, Isaacman merancang membawa tiga orang awam untuk mengikuti perjalanan selama beberapa hari ke angkasa lepas.

SpaceX, syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk memaklumkan bahawa Isaacman akan menyumbang tiga tempat duduk kepada orang awam yang nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat.   

Satu tempat duduk akan diberikan kepada pekerja Hospital Penyelidikan Kanak-Kanak St. Jude yang merawat pesakit kanser dan pediatrik manakala satu tempat lagi untuk mereka yang terpilih menerusi cabutan undian.

Tempat duduk ketiga pula akan diputuskan oleh panel hakim yang memilih calon penumpang daripada para usahawan yang menggunakan alat e-dagang dari syarikat Isaacman iaitu Shift4 Payments.

Menurut satu kenyataan, kesemua tiga penumpang berkenaan akan menerima latihan angkasawan komersial yang dijalankan oleh SpaceX.

Antara modul latihan yang diajar termasuk pengetahuan mekanik orbital, ujian tekanan, beroperasi dalam graviti mikro atau sifar.   

Jelas SpaceX, ketika misi itu, penumpang akan dibawa mengelilingi orbit Bumi setiap 90 minit dan kapal angkasa akan memasuki semula atmosfera Bumi untuk melakukan pendaratan atas air di luar pantai Florida. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya